|
|
|
|
Selamat Datang Ke SM TERNAK SDN BHD

Salam dan Selamat datang ke laman web rasmi SM TERNAK SDN BHD. Laman web memberikan maklumat tentang produk untuk penternakan dan pertanian dari segi harga, penggunaan dan kebaikan penggunaan produk SM TERNAK SDN BHD.

Mengenai SM TERNAK SDN BHD
SM TERNAK SDN BHD merupakan sebuah syarikat penternakan lembu & kambing secara komersial yang berdaftar dan mempunyai ladang penternakannya sendiri. Ia ditubuhkan pada awal bulan Mac tahun 2008 ...
Berita & Promosi

Projek pengeluasan dan pengembangan kandang di SM TERNAK SDN BHD tengah dijalankan. Dengan diameter yang seluas 100 batu, kandang baru akan di pasang dengan kemudahan yang lengkap. Apabila projek pengembangan disiapkan, kandang bary akan di isi muat lebih 100 ekor lembu dimana boleh memuaskan bekalan yang cukup untuk pasaran...
Menjual Lembu/Kambing

Profil
Syarikat Kami
SM TERNAK SDN BHD merupakan sebuah syarikat penternakan lembu & kambing secara komersial yang berdaftar dan mempunayi ladang ternakannya sendiri. Penubuhan syarikat ini bermula seawal tahun 2006, dan merupakan perniagaan turun temurun.Idea penubuhan syarikat ini telah diolah daripada pengasasnya sendiri yang begitu berminat untuk menceburi bidang penternakan. Ia juga sebagai langkah untuk menyahut dan menyokong cadangan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran asas pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan negara.

SM TERNAK SDN BHD ingin merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan industri penternakan dan asas tani sebagai salah satu sumber utama yang boleh menjana pendapatan negara di samping ingin menyediakan sumber produk ternakan lembu & kambing yang dijamin halal dan berkualiti untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Aktiviti penternakan di SM TERNAK SDN BHD lebih memfokuskan kepada penghasilan lembu & kambing pedaging untuk tujuan Aqiqah dan Qurban selain daripada menjual daging segar kepada pasaran tempatan. SM TERNAK SDN BHD juga turut menjalankan penternakan pembiak-bakaan bagi menghasilkan baka kambing yang bermutu untuk dijual kepada para pembeli.
Produk
Daging Lembu Segar
Brahman Cross + KK
Lembu Brahman Cross adalah salah satu dari berbagai jenis sapi yang berasal dari negara India. Ciri fisiknya dapat dikenali dari punuknya yang besar dan gelambir di leher serta biasanya sapi brahman berwarna coklat, merah, abu abu dan hitam.
Harga
RM4500 dan ke atas
Penghantaran
Penghantaran Disediakan
Kerbau Local
Kerbau biasanya dipelihara bersama dengan anaknya. Kerbau ini diperah susunya dengan tangan dua kali sehari. Kerbau jenis ini diberi berbagai macam pakan berserat seperti jerami barley dan gandum, batang jagung, dan ampas tebu. Selain itu, kerbau diberi pakan berupa campuran konsentrat. Kalau padang penggembalaan tersedia, kerbau merumput sepanjang hari. Kerbau kawin secara alami. Namun demikian, sebagian peternak juga melakukan inseminasi buatan.
Harga
RM4000 dan ke atas
Penghantaran
Penghantaran Disediakan
Produk
Kambing
Kambing Berbiri Tempatan
Kambing berbiri tempatan adalah ras unggul kambing yang pertama kali dikembangkan disini. Badannya kecil, tinggi gumba pada yang jantan 60 sentimeter hingga 65 sentimeter, sedangkan yang betina 56 sentimeter. Bobot pada yang jantan bisa mencapai 25 kilogram, sedang yang betina seberat 20 kilogram. Telinganya tegak, berbulu lurus dan pendek. Baik betina maupun yang jantan memiliki dua tanduk yang pendek. Kambing jantan dan betina keduanya merupakan tipe kambing pedaging.
Harga
RM800 ke atas
Penghantaran
Penghantaran Disediakan
Kambing Feral
Kambing feral adalah kambing domestik yang telah menjadi liar, tidak seperti haiwan liar yang semulajadinya liar. Kambing-kambing ini banyak dijumpai di kawasan berbukit yang banyak pokok renek, kawasan pertanian. Kambing feral bergantung dengan air, oleh itu tidak terdapat di kawasan padang pasir walaupun kambing-kambing ini dapat menyesuaikan diri di kawasan yang sukar. Kambing feral ini juga tidak didapati di kawasan yang terdapat anjing liar dan dijumpai di kawasan yang mempunyai populasi manusia yang sedikit.
Harga
Kambing Jantan - RM700 & ke atas
Kambing Betina - RM500 & ke atas
Penghantaran
Penghantaran Disediakan
Perkhimatan Tambahan
yang kami sediakan
Penyembelihan
Lembu dan kambing akan disembelih di bilik sembelihan SM TERNAK SDN BHD sendiri. Kami mempunyai modal mesin sembelih yang berteknologi untuk melaksanakan kerja. Proses melapah juga tidak lama dan akan dipotong mengikut kehendak tuan rumah samada untuk dipanggang seekor-seekor, BBQ atau potongan Buffet.
Tempahan Masakan
Kami menyediakan perkhimatan masakan terus kepada anda. Upah yang dikenakan sangat berpatutan. Antara menu masakan kambing yang popular untuk Aqiqah adalah kambing panggang, kambing golek, kari kambing dan sebagainya.
Makanan Lembu
Kami juga ada perkhimatan untuk menyediakan sumber makanan lembu seperti dedak, tahi minyak, rumput dan kulit ubi sebagai makanan asas.
Penghantaran
Lembu/kambing ternakan akan di hantar kepada pembeli dengan jumlah harga yang telah di persetujui. Lembu-lembu akan di ikat dengan cermat pada besi penghadang lori agar lembu tidak mudah bergerak semasa proses penghantaran di lakukan dan di hantar menggunakan lori dengan selamat.
Hubungi Kami
Kami Sedia Segala Pertanyaan
Alamat :
No.12, Kampung Parit Warijo Lintang,
83400 Sri Medan, Batu Pahat Johor, Malaysia.